Thursday, June 16, 2011

Virus M??


Malas belajar, malas pergi kerja, malas melakukan kerja-kerja rumah dan semuanya MALAS. Sekiranya kamu mengalami situasi sebegini sahlah kamu dijangkiti virus M iaitu virus Malas.
Jangan biarkan virus ini merebak dan akhirnya menghancurkan hidup kamu. Percayalah orang yang menghadapi virus M ini sudah pasti pengakhiran kehidupannya menuju kegagalan.

Nak tahu ciri-ciri orang yang dijangkiti virus M ni?
kat bawah ni ade 10 ciri orang virus M...

  • selalu beri alasan bila orang minta bantuan
  • Sepanjang hidupnye tak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan oleh kolej, tempat kerja atau di sekeliling kediaman.
  • Tak pernah mengemas tmpat tidur
  • separuh dari masanya dihabiskan untuk wat tahi mata. ~amboi2,selesa hidup~



  • kawasan umah orang lain tengok mcm tongkang pecah, tapi bile si pemalas ni tengok~Wahhhh....mcm istana indah~~
  • orang lain bersedih bila gagal,tetapi kau sikitpun tak rasa sedih. Bagi kau, kegagalan tu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu..~Alaa. rileks la bro~~
  • selalu tampil cantik @ macho di depan org. Pakai perfumes satu botol nak tutup kelemahan...sebab ape??  baju yang dipakai bertahun2 tak basuh..~eeuwwww
  • Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnye diet..~ kang orang tgok rangka berjalan baru taw~
  • Setiap pagi wajah bila nak ke pejabat atau ke kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.
  • Tidak pernah ada usaha untuk mem'improve'kan lagi diri utk masa akan datang krn dah merasakan diri sudah cukup dan terlalu selesa..





No comments:

Post a Comment

jejari mencari keyboard kata aku comey