Saturday, March 24, 2012

Good Luck for Exam

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua..Dah makan? aku belum lagi..perut pun dah macam disko dah..kejap lagi nak turun kafe nak beli makanan. Sebelum tu susun nota dulu~~~ exam nak dekat baru nak susun nota ek kau mai! Hampeh betol. Bukan salah aku ye.. nota ni yang lambat sampai ke tangan aku. hihihihi..dah siap susun nota boleh la bace and study. Minggu depan exam. So, wish me good luck for this exam..
berterabur nota2 atas kamarku nan indah


<<<<<<< S.e.k.I.a.N >>>>>>>>

Friday, March 23, 2012

Finished!

Assalamualaikum
Firstly, nak ucap Alhamdulillah kerana semuanya sudah selesai. Kepala otak pun dah tak payah lagi nak pikir macam-macam lagi. Wat serabut aje! management selama 2 minggu done. research pun baru sahaja selesai. Rasa lega sangat2...
 Selesai sahaja management, kami kena balik kolej untuk present research. Presentation research ni ambil masa 2 hari iaitu pada 22 Mac hingga 23 Mac 2012. Group aku present pada ari kedua. Mana taknye, kami group kedua last daripada 18 group yang ada. Tak silap aku la.. Banyak kan?. Sampaikan aku leh buat taik mata dalam audi semalam punyelah bosan..

walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penyelia group aku kerana memberi tunjuk ajar dan menberi dorongan kepada kami semua dalam menyiapkan research ini. Kamsahamnida! Tak lupa juga pada ahli2 group aku, mintak maaf la kalo ade buat salah..*huhuhuhu. 

Group 7A


 hilang stress, senyuman terukir...peace :-)


tamat sudah. wassalamu


Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum..tak jawab dosa kalau jawab sayangggg..Hari ini baru je selesai majlis perkahwinan abg kepada membe aku si Dayah Radzi tu..Hurmmm, tak dapat meraikan majlis perkahwinan abg kandung sendiri pergi meraikan majlis abg membe sendiri pun aku rasa ok lah. Sekurang-kurangnya aku dapat bayangkan kemeriahan majlis tadi tu macam majlis kat umah aku jugak yg berlangsung semalam. Mak kata ramai orang datang umah, sedara mara belah mak yang duk jauh2 pun datang, sedara abah lagi.. wahhh, OHSEM la.. Mesti best kan.. well da berlalu pun.. Anyways, selamat pengantin baru~~~barakallah hu lakuma wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fiikhairkat bawah ni ade beberapa gambar budak2  gonjeng tengah hari tadi.hahahaha


control ayu seyh aby!


apsal aku rendah cek mek molek dari ko haa gonjeng?!


time kasih jadi pengapit aku.haha


amek berkat duduk ats pelamin.,ahaks


 moga jodoh aku dan die ade selamanya. amin.


p/s: sempat lagi update blog sambil wat research. ok cau cin cau~~~~ selamat malam 


Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum
pagi2 lagi dah terima panggilan dari rumah. Abah call tanya aku "awak ada call sini ke?" Aku jawab " tak lah..." abah tanye lagi " balik tak ?"...............aku jawab " tak.."
dalam hati nak menjerit bagai..arghhhhh!!!
aku nak balik.aku nak balik.

Friday, March 9, 2012

Tak sudah-sudah




 Assalamualaikum..
hanya untuk share kat korang sume di pagi yang hening ini..
merindui seseorang yang jauh..

jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. 
 Jauh itu ada ruang yang memisah, 
apabila jauh itu ada rasa yang resah,
 apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, 
apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..


setia menanti walaupun jauh

Tuesday, March 6, 2012

KOSONG

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa..
Kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...

Entry hari ni pendek je. Cukup untuk menyatakan ape yang aku rasakan.
Ye! Kosong..Blank..Nothing..
~maaf~
ade masa yg panjang aku luahkan di sini
:
:
:
:
:
V


i want alone now....




Friday, March 2, 2012

sabar itu indah

SEGALANYA KU TERIMA DENGAN HATI TERBUKA


SEBAK, SEDIH, KECEWA,PASRAH, DAN REDHA BERCAMPUR BAUR


REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENERIMA


WHATEVER HAPPENS, IT HAPPENS FOR A REASON~~







Thursday, March 1, 2012

AmuKan MaK BiRu

Assalamualaikum
Hari ini dah masuk hari yg ke-4 berpraktikal di HKL.alhamdulillah management setakat ni berjalan lancar...belum masuk cubicle acute lagi,da incharge situ baru la jadi busy sikit....
Pagi td ntah kenape dengan "mak biru" kami tu. Naik angin semacam je..kerja yang bukan kami buat  dan  tak tahu sape yang buat pun tetap kami di persalahkan..duhai hati, sabarlah. Kite ni student. Adat la tu kene marah sekalipun..Sabor jelah! bukan kami aje yang kene dengan stapnurse2 sekali pun mak biru bebel..itu x kene,ini tak kene..alahai~~~ 
aku buat biase je. bertindak mengikut arahan. nak menjawab, alamat nak kene penampar la jawabnye..redha itu ikhlas. ECEHH!!! patient pulak kata, ' dah tua mmg macam tu. suke bebel..' ade pulak yg bagi semangat kat aku ' dik, mak ayah kan jauh. xnmpak ape yg kite buat. xleh nak tegur da. skrg ni die ketua adik, so die bagi teguran utk tahu kesilapan adik. dan adik dapat pelajaran kat situ'..kami hanya senyum dan senyum seterusnya mengangguk pasrah~~ baiklah.
Yang lawak nye pulak, ade patient ni dari  British tanya aku >>>>>
British man :  where's dragon?
sambil mata die cari kelibat dragon tu..
 aku buat muke pelik (O.o)?? 
Aku : Errr sorry..who is sir? *eceh,aku skiping wei!*
British man : You know a dragon? fires comes out from her mouth..
sambil buat aksi mulut keluar api..
and aku angguk ..
Aku: Yes, sure i know. But who?
.......................pastu baru aku paham. tergelak2 aku kat situ. nasib tak gelak sampai guling2 kat lantai. yang die maksud kan tu mak biru la..hahahaha. Kesian3~~
tapi aku xpernah simpan dalam hati pun. menegur kami untuk kebaikan. Apa salah nya..kami budak baru belajar,mana yang salah tolong tunjukkan. sekian. wasalam .----baju tak gosok lagi! aiyarkk!!
moral of the story : terima teguran dan nasihat untuk membina kehidupan yang berjaya masa depan. InsyaAllah.