Monday, October 15, 2012

LAYU

Kenapa ini yang terjadi?
di saat -saat nak exam..
kecewa dan terus kecewa
walaupun masih ade orang2 yg tersayang di sekeliling tapi rasa kecewa tu makin kerap terjadi
ummmm....
tak baik mengeluh kan
mungkin Allah swt nak bagi hambanya yang lemah ni bersabar
sabar..sabar..sabar
kadang-kadang bile sendiri kerap je air mata ni jatuh
tau2 ade je air hangat mengalir kat pipi..
Ya Allah ampuni lah dosa hambamu ini..


Wednesday, June 20, 2012

Mengidam


Hai korang..n selamat petang!

ummmm...sedapnye bau.Jiran sebelah masak ape ye. sampai bau kat bilik aku nih. 
memang mencabar iman aku la time2 puasa nih. Puasa? hehehehe
aku puasa ganti la der. dah nak dekat ramadhan baru terkejar ko nak ganti. xpe2, ganti kat umah xpnat sgt. kalo kat kolej mmg lunyai la aku. lembik! trun naik tangga..bukit tension ag..sgt penat!
so bagi sesiapa yang belum ganti puasa tu sila la ganti erk..(walaupun tahu org len awal2 da ganti). terok nye kau ni mai! hahaha..biar la. ada aku kesah??

ok2 berbalik pada tajuk entry aku kali ni yang memang seswai dgn keadaan aku ni..(fasting time).
Wargh!! aku mengidam seyh...aku ngidam nak minum ni haa..
.
.
.
.
.
.
v



abaikan muke yg sdg bajet comey tu. tgok ape yg sdg di pegang tuh

ye! cool blog...segar nye law dpt minum ni tgh2 panas cenggini. aku tak tahan dah ni *air liur dah meleleh da ni.

ehhh..ASTAGHFIRULLAHALAZIM..aku puasa la ngek.

cool blog ni ade mcm2 jenis perisa nak. order je mane satu korang suke. tapi kalo tanye aku, aku paling suke Chocolate Blog with black pearls. marveles!


kat rumah aku xde ag jual cool blog ni. sadisnye..:-(
hanya dapat merasa cool blog ni bile aku balik bamboo river.
Ok...t sampai sana aku trus nak beli kau.

p/s:  menaip gara2 kehausan sgt ..


TIada Makna Bagiku

ASSALAMUALAIKUM......

Lamanya tak update blog,maklumlah busy dgn study, praktikal and so on..,.

ayat cliche yg selalu blogger2 gune bile lame dah tak update blog..


cuti semester aku dah lebih 2 minggu. tinggal seminggu lebih je ag aku kat umah ni. Tapi aku cuti ni pun xde makne pun cuti. Kat rumah hanya aku,si gonjeng ( adik aku) and ayah aku je yang ade. BoRING NYE!! xde sape aku nak bergosip. xkan nak bergosip dgan bapak aku? memang  tak lah. Si gonjeng tu asik gan lappy je. aku baling lappy tu, kesah pulak kau?


u'olls xnak tahu ke mana mak aku? nape kami bertiga je kat umah? 
ummmmm...ni yang masuk bab2 emosi sikit nih..mak kat HKL ade rawatan radioterapi slama 15 hari. and and bersamaan dgn cuti semester aku kali ini. bercuti semester tanpa mamaku..huwarghhh!! tabahnye aku di sini..


tadi berSMS dgan mak. mak kate 'I MISS U'
aku reply 'MISS U TOO' 


RINDU NYE..sbb aku kat umah kot tu yg rasa rindu sgt. biase mak mane ade hilang kat umah ni lame2. mesti ade je selalu.Dan kalo aku kat hostel ade membe2 jadi xlah terasa sgt rinduh tu..ermmm, SYG Mak ketat2...


p/s: nak nanges asa  bile taip ni. :'(
gudnite.


Friday, April 6, 2012

Bila Ini Sujud Terakhirku

Bila ini sujud terakhirku
Ampunilah dosa-dosaku
Ampuni sungguh ampuni
Aku akan selalu berusaha menggenggam rindu
Tuk berjumpa Rasulullah Tercinta
Meski andai tak layak aku ada  dalam syurgamu
Dalam tiap sujud sungguh memohon
Layakkanlah diriku sebagai hamba-Mu
dan  hamba selalu ingat doa ini
bila ini sujud terakhirku
------------------------------------------------


Saturday, March 24, 2012

Good Luck for Exam

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua..Dah makan? aku belum lagi..perut pun dah macam disko dah..kejap lagi nak turun kafe nak beli makanan. Sebelum tu susun nota dulu~~~ exam nak dekat baru nak susun nota ek kau mai! Hampeh betol. Bukan salah aku ye.. nota ni yang lambat sampai ke tangan aku. hihihihi..dah siap susun nota boleh la bace and study. Minggu depan exam. So, wish me good luck for this exam..
berterabur nota2 atas kamarku nan indah


<<<<<<< S.e.k.I.a.N >>>>>>>>

Friday, March 23, 2012

Finished!

Assalamualaikum
Firstly, nak ucap Alhamdulillah kerana semuanya sudah selesai. Kepala otak pun dah tak payah lagi nak pikir macam-macam lagi. Wat serabut aje! management selama 2 minggu done. research pun baru sahaja selesai. Rasa lega sangat2...
 Selesai sahaja management, kami kena balik kolej untuk present research. Presentation research ni ambil masa 2 hari iaitu pada 22 Mac hingga 23 Mac 2012. Group aku present pada ari kedua. Mana taknye, kami group kedua last daripada 18 group yang ada. Tak silap aku la.. Banyak kan?. Sampaikan aku leh buat taik mata dalam audi semalam punyelah bosan..

walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penyelia group aku kerana memberi tunjuk ajar dan menberi dorongan kepada kami semua dalam menyiapkan research ini. Kamsahamnida! Tak lupa juga pada ahli2 group aku, mintak maaf la kalo ade buat salah..*huhuhuhu. 

Group 7A


 hilang stress, senyuman terukir...peace :-)


tamat sudah. wassalamu


Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum..tak jawab dosa kalau jawab sayangggg..Hari ini baru je selesai majlis perkahwinan abg kepada membe aku si Dayah Radzi tu..Hurmmm, tak dapat meraikan majlis perkahwinan abg kandung sendiri pergi meraikan majlis abg membe sendiri pun aku rasa ok lah. Sekurang-kurangnya aku dapat bayangkan kemeriahan majlis tadi tu macam majlis kat umah aku jugak yg berlangsung semalam. Mak kata ramai orang datang umah, sedara mara belah mak yang duk jauh2 pun datang, sedara abah lagi.. wahhh, OHSEM la.. Mesti best kan.. well da berlalu pun.. Anyways, selamat pengantin baru~~~barakallah hu lakuma wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fiikhairkat bawah ni ade beberapa gambar budak2  gonjeng tengah hari tadi.hahahaha


control ayu seyh aby!


apsal aku rendah cek mek molek dari ko haa gonjeng?!


time kasih jadi pengapit aku.haha


amek berkat duduk ats pelamin.,ahaks


 moga jodoh aku dan die ade selamanya. amin.


p/s: sempat lagi update blog sambil wat research. ok cau cin cau~~~~ selamat malam 


Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum
pagi2 lagi dah terima panggilan dari rumah. Abah call tanya aku "awak ada call sini ke?" Aku jawab " tak lah..." abah tanye lagi " balik tak ?"...............aku jawab " tak.."
dalam hati nak menjerit bagai..arghhhhh!!!
aku nak balik.aku nak balik.

Friday, March 9, 2012

Tak sudah-sudah




 Assalamualaikum..
hanya untuk share kat korang sume di pagi yang hening ini..
merindui seseorang yang jauh..

jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. 
 Jauh itu ada ruang yang memisah, 
apabila jauh itu ada rasa yang resah,
 apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, 
apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..


setia menanti walaupun jauh

Tuesday, March 6, 2012

KOSONG

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa..
Kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...

Entry hari ni pendek je. Cukup untuk menyatakan ape yang aku rasakan.
Ye! Kosong..Blank..Nothing..
~maaf~
ade masa yg panjang aku luahkan di sini
:
:
:
:
:
V


i want alone now....




Friday, March 2, 2012

sabar itu indah

SEGALANYA KU TERIMA DENGAN HATI TERBUKA


SEBAK, SEDIH, KECEWA,PASRAH, DAN REDHA BERCAMPUR BAUR


REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENERIMA


WHATEVER HAPPENS, IT HAPPENS FOR A REASON~~







Thursday, March 1, 2012

AmuKan MaK BiRu

Assalamualaikum
Hari ini dah masuk hari yg ke-4 berpraktikal di HKL.alhamdulillah management setakat ni berjalan lancar...belum masuk cubicle acute lagi,da incharge situ baru la jadi busy sikit....
Pagi td ntah kenape dengan "mak biru" kami tu. Naik angin semacam je..kerja yang bukan kami buat  dan  tak tahu sape yang buat pun tetap kami di persalahkan..duhai hati, sabarlah. Kite ni student. Adat la tu kene marah sekalipun..Sabor jelah! bukan kami aje yang kene dengan stapnurse2 sekali pun mak biru bebel..itu x kene,ini tak kene..alahai~~~ 
aku buat biase je. bertindak mengikut arahan. nak menjawab, alamat nak kene penampar la jawabnye..redha itu ikhlas. ECEHH!!! patient pulak kata, ' dah tua mmg macam tu. suke bebel..' ade pulak yg bagi semangat kat aku ' dik, mak ayah kan jauh. xnmpak ape yg kite buat. xleh nak tegur da. skrg ni die ketua adik, so die bagi teguran utk tahu kesilapan adik. dan adik dapat pelajaran kat situ'..kami hanya senyum dan senyum seterusnya mengangguk pasrah~~ baiklah.
Yang lawak nye pulak, ade patient ni dari  British tanya aku >>>>>
British man :  where's dragon?
sambil mata die cari kelibat dragon tu..
 aku buat muke pelik (O.o)?? 
Aku : Errr sorry..who is sir? *eceh,aku skiping wei!*
British man : You know a dragon? fires comes out from her mouth..
sambil buat aksi mulut keluar api..
and aku angguk ..
Aku: Yes, sure i know. But who?
.......................pastu baru aku paham. tergelak2 aku kat situ. nasib tak gelak sampai guling2 kat lantai. yang die maksud kan tu mak biru la..hahahaha. Kesian3~~
tapi aku xpernah simpan dalam hati pun. menegur kami untuk kebaikan. Apa salah nya..kami budak baru belajar,mana yang salah tolong tunjukkan. sekian. wasalam .----baju tak gosok lagi! aiyarkk!!
moral of the story : terima teguran dan nasihat untuk membina kehidupan yang berjaya masa depan. InsyaAllah.

Sunday, February 26, 2012

Sendirian Lagi

ASSALAMUALAIKUM
HARI NI HARI APE?? ALAMAK DAH AHAD LA..BOLEH TAK NAK BERCUTI-CUTI LAGI DI RUMAH. *by the way sabtu n ahad aku balik pahang*   
PUFFTTTTTTTT....MALASNYE NAK BALIK.IKUTKAN HATI MEMANG NAK DOK BERSERONOK KAT UMAH. BOLEH MAIN2, TENGOK TV,MAKAN, JALAN2...SKRG DA XBOLEH..SEDEYNYE....

SAMPAI JE AKU KAT HOSTEL KSKB NI MACAM SUNYI SEPI JE. NAK2 AGI ARAS 2 NI.. KOWANG SUME GI MANE WEH?? PELIK GAK AKU..SALUNYE RIUH RENDAH...*OKEY,XSELALU PUN KADANG2 JE.* AHAA! BARU INGAT KOWANG DA GI KLANG LA..
AKU MASUK BILIK JE TGOK KATIL RUMATE TERSYG DA KOSONG. ATAS MEJA STUDY PUN KOSONG. MACAM KO DA PINDAH TERUS NAK MENETAP KAT SANA KAN..HUHUHU..
NAK WAT CAMNE..AKU DI SINI, KAU DI SANA. UNTUK MEMBE AKU YANG PRAKTIKAL KAT KLANG SANA GOOD LUCK K!  MASING-MASING ADE TUGAS DI SANA. KENANG DAKU DALAM DOAMU.
UNTUK 3 KETUL MEMBE AKU KAT SANA..SARA, DAYAH N ABBY JGN NAKAL2.  UNTUK SEKETUL MEMBE AKU YANG PRAKTIKAL KAT HSB PLAK : AKU TAW KAU KEBOSANAN. TAPI KITE PUN JARANG KETEMU LAW LAIN SHIFT..WARGGGGGHHHHHH!!! HIDUPLA AKU SENDIRIAN DALAM BILIK INI. NASIB ADE YANG MENEMANI. SI DOMO SARAH N NINJA..
P/S: TAKUTNYE NAK WAT MANAGEMENT ESOK. TO BE A STAPNURSE TOMOROW
AJA-AJA FIGHTING!


4 KETUL MEMBE AKU YANG SENGAL,SEKETUL AG TUKANG AMIK PIC

.........

Thursday, February 23, 2012

aku terima nikahnya


Dengan sekali lafaz sahaja pelakon popular Lisa Surihani bersama pasangannya  pengarah filem terkenal Yusry KRU sah menjadi suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan bertempat di Hotel Marriot,Putrajaya. Majlis itu disaksikan kira-kira 250 orang jemputan terdiri daripada keluarga rapat kedua belah pihak pengantin.

 Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fiikhair




ku pinang kau dengan Bismillah


semoga bahagia dan diberkati


ehh, mia pun ade. comeylah!!


Spontaneous Thursday

Seawal jam 5.30 pagi telah dikejutkan dengan gegaran handset....
pelik jugak aku..tapi bialah..rindu la tuuu..
~thank you dear~

Hari ini Trial Osce. Alhamdulillah boleh buat. Done!
lepas ni, management pulak..Gud Luck mysaa!

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday

KU MENANGIS LAGI UNTUK MALAM INI :'(
TIADA KATA YANG MAMPU AKU JELASKAN
UNTUK YAKINKAN KAMU ^__^
LEBIH BAIK KU UNDURKAN DIRI 
DEMI MENJAGA HATI DAN PERASAAN MU
MAAFKAN LAH BILA DIRI KU TAK SEMPURNA....:-)



~hari bahagia bakal tiba~


Wahhh!! hepi giler bila pelakon kesyangan aku ni nak kawen da..untungla kau kan. 
 Lisa Surihani dan Yusri KRU  akan bernikah pada 23 Februari 2012 
dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012.
Moga segalanya berjalan lancar. Sebagai peminat no 1 kau Lisa, aku doakan semoga Lisa berbahagia sampai akhir hayat. AMIN......

Sama cantik,sama padan. shukew3!!


Monday, February 20, 2012

~Festival Nursing anjuran Basic 1/2010 Terbaeekkk~

BASIC 1/2010

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar sepanjang festival nursing diadakan bermula 28 Jan hingga 18 feb 2012. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Bangga rasa nye bila berada di bawah bumbung basic 1/2010..sayang korang semua..walaupun kami 'sangat nakal' di kalangan lecterur2 ada kami nak  kesah?? *mak takk kesahh lahh~~*  yang penting kami buat sehabis baek..memang ohsemmm!!   
Sepanjang festival ni di adakan macam2 aktiviti yang di rancang oleh kami. Untuk nursing week kali ini juga, buat pertama kalinya ada sedikit kelainan berbanding semester2 yang lepas. Kami tak anjurkan kebudayaan macam koir,tarian, dll..*mende yang sama je tiap sem, boring aku!*  Kami hanya lakukan sukan sahaja iaitu bola jaring, bola tampar, badminton dan futsal. Keempat-empat permainan ni semua nya disertai oleh pelatih lelaki dan perempuan. Haaa!jangan terkejut sampai tercekik tulang ayam plak..pelatih lelaki pun main bola jaring kau! hahahhaah...memang ohsem depa maen. Dan setiap permainan tu mestilah ada yang menang dan ada yang kalah. Adat la tu nama pun perlawanan kan, main pun just untuk hilang stress dan untuk suka-suka jek pun..bukan nak masuk sampai peringkat kebangsaan pun!! urghhh! *emo plak aku* Yang penting I LIKE TO MOVE IT,MOVE IT..WE LIKE TO MOVE IT!   
Malam penutupan festival nursing ni berlangsung pada 18 feb malam. The nite of  GUN AND ROSES adalah tema yg di pilih pada event malam tu.  Dalam 10 orang pengajar dtg memeriahkan event malam tu. sampai x cukup seat..Alhamdulillah. :) Tak cukup dengan tu lagi, semester aku  menang keseluruhannya..*huk aloh,biso demo* :-) 
Secara keseluruhannya, bak kata ketua program aku " semester lepas mengecewakan nya tetapi kekecewaannya terubat kerana festival ini "..bergema auditorium kskb dengan tepukan gemuruh dari setiap pelatih semester 1,2,3,4 dan 5.  Diharapkan adik2 junior dapat buat lagi meriah daripada ini yek..InsyaAllah.             
khemah dapat tempat ke 2..



                                                              jagung manis, air manis..adik manis..



amek ais je la keje ko kan mai


hiasan2 di khemah sem 5..rumah tu my roomate yang wat. credits to sarah 


                                                       
                                                                 mai tajima mlam ni yer..huhu


                                                     
                                                       sahabat peluk cium rindu..hahahaha


                                                       
                                                        olie-aku-sarah-aby....dayah di atas                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                             
                                                                                    









             






               




Sunday, January 1, 2012

#2012#

SELAMAT TAHUN BARU 2012

JADI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUM INI...AMIN