Di mana letak nya cantik pada diri seseorang wanita itu?
Mungkin pada sepasang matanya yang menggambarkan 'senyuman' ...atau matanye yang redup sayu mengerling manja dan kadang-kadang menjeling tajam..
Bagaimana pula pada senyuman nya? yang seringkali dilihat mengoleskan senyuman indah dan boleh juga bibirnya yang merah bak delima menghadiahkan sebuah kucupan mesra kepada ayah, ibu, suami dan anak-anak..
mungkin juga cantik dilihat dari segi suaranya yang merdu dan hilai tawanya yang manja dan lembut menbuatkan perasaan bagai berada di awangan? mungkin...
Sekalipun banyak perkataan untuk menceritakan kecantikan seseorang perempuan..itu masih belum cukup menggambarkan sebenar-benar nya kecantikan seseorang.
Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang perempuan. Yang diberi dengan setiap keindahan-keindahan itu.
Walaubagaimanapun seseorang itu menjaga imej nya untuk kelihatan cantik, sering dibelai, dimanja dan dipelihara namun yang pasti ianya akan tetap suram dan kelam suatu hari nanti.
Hanya satu sahaja yang tidak akan berubah untuk selama-lamanya iatu sifat keperempuanan yang dipenuhi dengan iman dan ibadah.
p/s : insaf dan menghayati seketika

No comments:
Post a Comment
jejari mencari keyboard kata aku comey